Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan bengkel "Pengurusan Bijak Untuk Kewangan Peribadi" selama 2 hari. Tarikh bengkel masih belum diketahui.
Sedikit info mengenai bengkel:
Pengurusan kewangan peribadi yang bijak adalah keperluan pada hari ini, terutam dengan kenaikan kadar inflasi dan peningkatan harga barangan keperluan. Pengguna harus bijak menguruskan kewangan peribadi agar tidak terjebak di dalam budaya hutang yang keterlaluan. Penjanaan pendapatan tambahan secara bijak juga wajar dikuasai. Bengkel ini akan menyingkap beberapa rahsia pengurusan kewangan secara bijak agar dapat menjana kehidupan yang selesa.
Friday, February 13, 2009
Sunday, September 14, 2008
Thursday, September 11, 2008
Hari Literasi Kewangan 2008
Jawatan Kuasa Program
Penaung :
PM Dr. Laily Paim
Penasihat :
Prof. Dr Jariah Masud
Pengarah :
Nur Aman Zakariah
Timbalan Pengarah :
Yussyafiqah Yunus
Setiausaha 1 :
Siti Hajar Baharudin
Setiausaha 2 :
Azimah Ramli
Bendahari :
Chong Chin Fatt
Publisiti :
Mei Geok
Leh Soo Peng
Lim Mei Peng
Lee Theng Theng
Logistik :
Choy Wei Jun
Tan Yong Seng
Liew Fui Yee
Chong Mei Fong
PR:
Nurul Ain Ahmad Rushdi
Noor Ashikin Tajuddin
Nurul Shafiqah Ahmad Shokhaily
Wan Muhammad Hafiz Wan Jaafar
Norhidayatul Akma Mohamed Helifah
Kewangan :
Farhah Othman
Nurhidayah Massri
Roslina Ismail
Mohd Eezham Ab. Manaf
Teknikal :
Mohd Yahya Ulmi
Yip Wai Keng
Low Shiow Ching
Winnie Kho
Tan Kim Yen
This Yi Hsia
Annie Yong Ing Ing
Monday, July 7, 2008
Bacelor Pengajian Pengguna
Program Bacelor Pengajian Pengguna – (BPG) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Pengajian Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.
Objektif Program
Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:-
- Melahirkan graduan yang berkemahiran, proaktif, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
- Membekalkan graduan dengan kemahiran asas dan teknikal dalam bidang pengajian pengguna.
- Membentuk graduan yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dalam bidang pengajian pengguna.
Syarat Bergraduat
Pelajar dikehendaki melengkapkan pengambilan kursus yang telah ditetapkan yang berjumlah 103 jam kredit dan melaksanakan Latihan Industri sebagai salah satu daripada syarat bergraduat.
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi graduan program ini merangkumi sektor awam dan swasta. Di sektor awam, para graduan boleh berkhidmat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pendidikan/Sumber Manusia, Institut Penyelidikan dan Pembangunan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Manakala bagi sektor swasta pula mereka boleh berkhidmat sebagai pengeluar atau pekilang barangan pengguna, agensi media massa , organisasi perdagangan, institusi kewangan, penasihatan kewangan dan sektor peruncitan.

Subscribe to:
Posts (Atom)